KUALA LUMPUR: Para majikan digesa supaya mengutamakan usaha peningkatan kemahiran dan melatih semula kemahiran sumber manusia, bagi memupuk tenaga kerja yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.
Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar yang membuat gesaan itu berkata, usaha berkenaan merupakan pelaburan strategik yang akan memperkasa bakat dan organisasi, untuk bukan sahaja mengemudi, tetapi untuk berkembang maju dalam landskap ekonomi dan teknologi yang berubah-ubah.
"Adalah menjadi tanggungjawab kolektif kita untuk memperjuangkan usaha ini, memastikan bakat dan urusan kita dipersiapkan dengan baik dan diposisikan untuk berjaya dalam menghadapi perubahan pesat.
"Namun yang lebih penting adalah untuk kita faham di mana dan bagaimana kita boleh menutup jurang struktur," katanya dalam ucaptama pada program Makan Tengah Hari Rangkaian Pemimpin HR di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, usaha itu sejajar dengan cita-cita Kerajaan Perpaduan melalui rangka kerja Ekonomi MADANI yang menekankan pembangunan dan pertumbuhan modal insan.
Sivakumar berkata, pelbagai rancangan berkaitan modal insan sedang digerakkan terutamanya dengan Bajet MADANI 2024 yang menggariskan peruntukan besar untuk pendidikan dan pembangunan kemahiran, yang disifatkan beliau sebagai pelaburan untuk mewujudkan kumpulan bakat Malaysia berkemahiran tinggi.
"Justeru, semua jabatan dan agensi kementerian mempunyai tanggungjawab besar untuk mempromosi dan memacu program yang memberi impak positif kepada tenaga kerja kita," katanya.
Dalam majlis yang sama, beliau turut melancarkan Laporan Bengkel Kerjasama Industri-Academia (IAC) yang Berfokuskan Sektor TalentCorp, Jilid 1.
Sementara itu, dalam sidang media kemudiannya, Sivakumar berkata, laporan itu menghimpunkan dapatan serta perincian daripada 10 bengkel AIC melibatkan pemain industri dan pakar-pakar dalam beberapa sektor utama negara.
Antaranya sektor Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM); Pelancongan, Animasi & Permainan; Elektrik dan Elektronik ; Perubatan dan Penjagaan Kesihatan; Barang Pengguna Laris (FMCG); Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Bioteknologi.
"Dapatan laporan Ini membolehkan kerajaan untuk mengumpul perspektif yang pelbagai semasa membentuk dasar. Dapatan dari laporan ini penting untuk membantu kerajaan untuk memahami implikasi sesebuah polisi dan menggubal dasar yang lebin berkesan, praktikal, dan kondusif untuk merangsang pertumbuhan ekonomi," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Sivakumar berkata, usaha berkenaan merupakan pelaburan strategik yang akan memperkasa bakat dan organisasi, untuk bukan sahaja mengemudi, tetapi untuk berkembang maju dalam landskap ekonomi dan teknologi yang berubah-ubah. - Gambar fail/BERNAMA
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
UTMSPACE akan tawar program TVET Termaju - CEO UTMSPACE
UTMSPACE akan tawarkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Termaju.
MITRA pertingkat program pemantapan ilmu, kemahiran - Ramanan
MITRA sedang berusaha untuk merancakkan program yang mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan.
Kursus dalam aliran bukan sains akan diubah bagi beri keterampilan kemahiran - Ahmad Zahid
Perkara itu jadi keutamaan kerana terdapat 1,344 institusi TVET di seluruh negara dengan 12 kementerian mengendalikan soal pendidikan itu.
Utamakan tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan - Sivakumar
Majikan digesa mengutamakan usaha peningkatan kemahiran dan melatih semula kemahiran sumber manusia, bagi memupuk tenaga kerja yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.
Kewujudan AI, bukan halangan kepada prospek kerja belia - Kajian
Biarpun kewujudan kecerdasan buatan (AI) sering kali dilihat sebagai ancaman terhadap manusia dalam pekerjaan, golongan belia tetap optimis terhadap masa depan pekerjaan mereka.
Belia Orang Asli perlu rebut peluang tingkat kemahiran dalam TVET
Tahap pendidikan dan kemahiran yang tinggi harus menjadi tonggak utama dalam diri belia Orang Asli agar seiring kehendak semasa.
TVET JELITA sasar penyertaan 150,000 wanita menjelang 2026 - Ahmad Zahid
Walaupun sasaran awalnya 15,000 peserta, sehingga kini program itu sudah menerima 7,000 permohonan dengan 10 bidang kemahiran ditawarkan.
TVET laluan baharu ke arah pertumbuhan ekonomi
Individu yang mempunyai kemahiran teknikal, berupaya mengharungi kemajuan teknologi yang sedang dihadapi dunia yang banyak menyokong keperluan hari ini.
Kemahiran TVET dorong buka perniagaan sendiri - Alumni
Program TVET yang ditawarkan oleh agensi serta institusi pendidikan, mampu membuka peluang dalam mengusahakan perniagaan sendiri.
Latihan kemahiran lebih mencabar dengan perkembangan teknologi - HRD Corp
Datuk Shahul Dawood menjelaskan, sebelum latihan kemahiran hanya dilakukan secara konvensional yang tertumpu kepada pembelajaran dalam kelas.